MASALAH udara tidak
sihat atau jerebu di Malaysia bukan perkara asing.
Malah, baru-baru
ini dilaporkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat pada Ahad.
Pada pagi Isnin, tiga kawasan di Sarawak menunjukkan tahap tidak sihat, iaitu di Sri
Aman, Kuching dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.
Masalah jerebu ini
mungkin terdengar biasa bagi sesetengah orang, namun tahukah anda udara yang
tidak sihat ini akan menyerang individu terutama yang menderita alahan atau
masalah sensitif angin histamin?
Selain itu juga,
kulit penderita ekzema juga boleh mengalami radang, malah penderita asma boleh
jadi semput, resdung jadi lebih teruk dan sebagainya.
Justeru, seorang pengamal
perubatan Dr Hafiz Sulaiman menerusi hantaran di Instagram berkongsi tip
bagaimana menghadapi situasi ini tanpa menjejaskan kesihatan.
#1 Perlindungan
Pastikan
perlindungan kita daripada kontak dengan jerebu tiptop! Kulit kena pakai
losen/krim bagi membentuk perlindungan kulit supaya tidak kontak dengan jerebu
dan akibatkan radang.
Pelembap juga
mencegah pengeringan dan membaiki kulit yang rosak. Paling bagus pakai pelembap
yang ada antioksida dan vitamin.
"Pakai mask
N95 ya untuk lindungi sistem pernafasan daripada masuk habuk jerebu. Memang
susah nafas sikit berbanding surgical mask, tetapi itu yang terbaik insya-Allah.
"Jangan guna
contact lense untuk cover mata. Habuk jerebu yang masuk mata boleh sebabkan
iritasi dan diterukkan dengan pakai contact lense."
#2 Elak Aktiviti
Luar
Tutup pintu dan
tingkap selalu ketika waktu berjerebu. Kurangkan aktiviti di luar rumah. Larang
anak kita bermain di luar buat sementara waktu.
"Tapi jangan
tutup langsir pula ya. Jika badan tak kena matahari lama boleh jadi murung dan
tak bagus pula untuk kesihatan."
#3 Stabillan
Imuniti Badan
Apabila keadaan
berjerebu, badan cenderung untuk menjadi stres dan sensitif. Ini kerana,
antibodi badan jadi lebih aktif untuk hadapi jerebu.
"Sesetengah
orang badan jadi overprotective iaitu orang ada alahan. Kahak lendir jadi
banyak, hingus tak henti, bersin-bersin, kulit jadi gatal dan radang."
Pulihkan kerosakan
akibat jerebu dengan mengamalkan pemakanan sihat, minum air secukupnya dan
ambil suplemen antioksida.
Makanan sayuran,
buah-buahan dan suplemen antioksida mengurangkan kerosakan akibat jerebu. Insha
Allah, badan lebih sihat dan imuniti badan jadi kembali stabil.
"Mana yang
sakit seperti asma, jangan lupa standby ubatan seperti inhaler ya. Jika asma
teruk, cepat-cepat bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan