- Hanya pengguna berdaftar dan telah mendapat kelulusan sahaja dibenar menggunakan Pusat Sumber dan perkhidmatannnya.
- Pengguna hendaklah mempamerkan kad pelajar/ kad kakitangan / kad pelawat semasa berada di dalam Pusat Sumber. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengguna dilarang menggunakan perkhidmatan Pusat Sumber.
- Pengguna adalah tertakluk kepada etika berpakaian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada pengguna yang berpakaian sukan lengkap atau berseragam penuh.
- Telefon bimbit pengguna perlulah berada dalam mod senyapa ketika berada di dalam Pusat Sumber. Pengguna hendaklah menjawab panggilan telefon luar dari kawasan Pusat Sumber.
- Pengguna tidak dibenarkan membuat bising, makan, minum, merokok, tidur atau apa sahaja perbuatan yang boleh mengganggu pengguna lain dan boleh menjejaskan suasana di dalam Pusat Sumber.
- Pengguna dilarang sama sekali melakukan vandalisme ke atas sebarang peralatan yang terdapat di Pusat Sumber.
- Berdua-duaan yang boleh menimbulkan syak di dalam kawasan Pusat Sumber adalah dilarang sama sekali.
- Semua bahan yang dibawa keluar dari Pusat Sumber hendaklah mendapat kebenaran dan ditunjukkan kepada kakitangan Pusat Sumber yang bertugas di kaunter untuk pemeriksaan. Pengguna yang didapati memiliki bahan Pusat Sumber tanpa kebenaran akan diambil tindakan.
- Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang digunakan atau dipinjam.
- Mengakses dan menggunakan keahlian pengguna lain untuk urusan pinjaman bahan adalah satu kesalahan.
- Pengguna hendaklah menyusun kembali perabot atau peralatan di dalam Pusat Sumber yang telah digunakan atau diubah seperti kedudukan asalnya.
- Bahan bacaan seperti buku, majalah, suratkhabar, soalan peperiksaan dan lain-lain hendaklah dikembalikan dengan cermat.
- Pihak Pusat Sumber tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan barang-barang persendirian yang dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber.
- Segala urusan perkhidmatan di kaunter hendaklah dibuat dalam tempoh operasi yang ditetapkan.
- Kakitangan Pusat Sumber berhak melarang pengguna dari menggunakan Pusat Sumber dan perkhidmatan yang ada sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
PERATURAN AM
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan