Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambutan. Papar semua catatan

25 Mac 2025

Sambutan World Quran Hour 2025

 

Assalamualaikum w.b.t.

Pusat Sumber Al-Jazari KMKPh mengalu-alukan semua warga dan pelajar KMKPh untuk menyertai "Quran Hour Socmed Challenge" sempena sambutan World Quran Hour pada hari ini.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada 30 Mac 2025.

5 Hadiah Saguhati (Duit Raya) disedakan untuk video/gambar paling menarik.

Sila lengkapkan google form ini untuk penyertaan: 

https://forms.gle/ySAFij52rmrgxzyUA 

03 Mei 2024

World Quran Hour @ KMKPh

 

World Quran Hour telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang anjuran Pusat Sumber Al-Jazari pada 4.4.2024 (Khamis) seiring dengan siaran langsung Astro Oasis.






05 Jun 2013

Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia




Tarikh 5 jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1972 sempena Persidangan Stockholm mengenai "Alam Sekitar dan Manusia".

Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Dengan tema pada tahun ini "Think.Eat.Save" iaitu fikir,makan dan jimat bertujuan mengajak warga dunia berfikir dan berjimat bagi mengelakkan pembaziran makanan. Ini sekaligus dapat mengurangkan jejak karbon.

Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), sebanyak 1.3 bilion tan makanan dibazirkan setiap tahun yang bersamaan dengan jumlah makanan yang dihasilkan oleh seluruh kawasan gurun Afrika. Pada masa yang sama, seramai 1 dari 7 orang di dunia tidur dalam kelaparan  manakala lebih dari 20 ribu orang kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun mati kelaparan setiap hari.