Memaparkan catatan dengan label Orientasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Orientasi. Papar semua catatan

15 Julai 2024

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi 2024/2025 ke KMKPh

 


Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2024/2025 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang telah diadakan pada 1 Julai 2024 yang lalu. Pihak Pusat Sumber Al-Jazari telah memberi ucapan pengenalan Perpustakaan kepada pelajar-pelajar baru pada 4 Julai 2024. Ucapan diberikan oleh Pustakawan, Haji Che Mohd Sanusi bin Che Abdullah. Kuiz serta hadiah-hadiah menarik juga disediakan untuk menarik minat pelajar untuk melawat Pusat Sumber.



19 Jun 2014

Taklimat Pusat Sumber Sempena MPPB 2014/2015

Bertempat di Dewan Ibnu Sina, satu Taklimat mengenai Pusat Sumber telah diadakan pada 29 Mei 2014. Taklimat khusus bagi pelajar baru sesi kemasukan 2014/2015 ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan ringkas  mengenai Pusat Sumber dan perkhidmatannya. Taklimat yang telah disampaikan oleh Pustakawan KMTPh antara lainnya turut mempromosi kepada pelajar baru tentang penggunaan pangkalan data atas talian percuma yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Semasa taklimat berlangsung, Borang Keahlian Pusat Sumber dan Borang Permohonan Ahli Kelab Pusat Sumber turut diedarkan.








30 Mei 2013

Taklimat Pusat Sumber Sempena MPPB 2013/2014

Bertempat di Dewan Ibnu Sina, satu Taklimat mengenai Pusat Sumber telah diadakan pada 30 Mei 2013. Taklimat khusus bagi pelajar baru sesi kemasukan 2013/2014 ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan ringkas  mengenai Pusat Sumber dan perkhidmatannya. Taklimat yang telah disampaikan oleh Pustakawan KMTPh antara lainnya turut mempromosi kepada pelajar baru tentang penggunaan pangkalan data atas talian percuma yang dilanggan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.





26 November 2012

Taklimat Pusat Sumber Sempena MPPB Sesi 2011/2012




Bertempat di Dewan Ibnu Sina,Unit Pusat Sumber telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai Pusat Sumber khusus untuk pelajar baru sempena Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) Sesi 2012/2013 yang lalu. Taklimat selama 1 jam yang diadakan pada 26 Mei 2011 antara lainnya memberi pendedahan kepada warga baru KMTPh mengenai Pusat Sumber KMTPh dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pustakawan KMTPh. 

Taklimat Pusat Sumber sempena MPPB Sesi 2012/2013

Sempena Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) Sesi 2012/2013 yang lalu, Unit Pusat Sumber telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai Pusat Sumber khusus untuk pelajar baru sesi kemasukan 2012/2013. Taklimat yang diadakan di Dewan Ibnu Sina pada 31 Mei 2012 telah disampaikan oleh Pustakawan KMTPh. Antara kandungan taklimat ialah pengenalan kepada Pusat Sumber KMTPh dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelajar dan warga KMTPh keseluruhannya.