PENGENALAN


Pusat Sumber Al-Jazari telah ditubuhkan pada tahun 2008 seiring dengan penubuhan KMKPh sendiri. Menyedari kepentingan keperluan penyediaan dan penyebaran maklumat dalam sesebuah organisasi, Pusat Sumber Al-Jazari ditubuhkan bertujuan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang berkualiti dan berkesan buat warga KMKPh. Ini sekaligus menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya di kalangan pelajar dan pensyarah dan warga KMKPh secara keseluruhannya.

Memulakan operasi di Aras Bawah di Blok Pentadbiran, pada ketika itu Pusat Sumber hanya dapat menampung kapasiti 100 pengunjung pada satu-satu masa. Atas faktor kapasiti ruang yang agak terhad pada ketika itu, bermula 16 Mei 2011 Pusat Sumber KMKPh telah berpindah ke ruang yang lebih luas dan selesa di Aras 3, Blok Al-Hidayah.

Pada 21 Disember 2016, Pusat Sumber telah mengorak setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan operasi Mini Pusat Sumber di Kafeteria Lama. Mini Pusat Sumber ini telah dirasmikan oleh Pengarah KMKPh, Encik Zakaria bin Jadi pada 21 Disember 2016. Antara objektif penubuhan Mini Pusat Sumber adalah untuk mendekatkan warga kolej kepada Pusat Sumber dengan memberi kemudahan seperti pinjaman buku dan merujuk koleksi buku-buku rujukan ke satu lokasi yang lebih dekat untuk dikunjungi dan beroperasi di luar waktu pejabat.




Pada tahun 2017, Pusat Sumber KMKPh meneruskan lagi penambahbaikan ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada warga kolej dengan penjenamaan semula Pusat Sumber dengan perasmian Pusat Sumber Zamrud. Pusat Sumber di Blok Al-Hidayah diberi nama Pusat Sumber Nilam, manakala Mini Pusat Sumber dibahagikan kepada 2 bilik iaitu Pusat Sumber Delima dan Pusat Sumber Zamrud. Pusat Sumber Zamrud telah dirasmikan oleh Pengarah KMKPh yang ke-5 iaitu Tuan Haji Abd. Rashid bin Mohd Ali pada 24 Mei 2017.

Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah menempatkan koleksi-koleksi soalan peperiksaan PSPM dan UPS, koleksi keratan akhbar terpilih dan koleksi rak terbuka terpilih di Pusat Sumber Zamrud. Manakala Pusat Sumber Delima menempatkan koleksi buku-buku rujukan dan Pusat Sumber Nilam menempatkan koleksi rak terbuka dan set permainan.




Bermula 1 November 2020, secara rasminya operasi Pusat Sumber Nilam di Blok Al-Hidayah telah ditamatkan. Kerja-kerja pemindahan operasi Pusat Sumber Nilam ke Mini Pusat Sumber telah dijalankan sepanjang bulan Oktober 2020. 

Pemindahan operasi Pusat Sumber Nilam ke Mini Pusat Sumber dirasakan amat bertepatan dalam usaha memaksimumkan kefungsian Pusat Sumber kepada warga KMKPh. Kerja-kerja penyusunan semula telah dilaksanakan dengan menyediakan penempatan sementara Bilik Pustakawan di Unit Kaunseling dan menyusunatur dan memaksimakan ruang bagi menempatkan buku-buku Pusat Sumber Nilam di Mini Pusat Sumber. 

Bermula Mac 2021, operasi sepenuhnya Pusat Sumber di Kafeteria lama telah dilaksanakan dengan dikenali sebagai Pusat Sumber Al-Jazari. Operasi ini juga melibatkan pengambilalihan Bilik KIK untuk dijadikan sebagai Bilik Cyber Learning yang menempatkan komputer untuk kegunaan pelajar dan serta penempatan kubikel Pustakawan di Bilik Rujukan. Penjenamaan semula juga dibuat selaras dengan kefungsian ruang dan bilik di Pusat Sumber iaitu Pusat Sumber Zamrud diberi nama Bilik Koleksi Terbuka dan Sirkulasi, Pusat Sumber Delima sebagai Bilik Rujukan yang menempatkan bahan-bahan rujukan. 

Terdapat juga penambahan ruang santai seperti Laman Santai Minda dan Cyber Cafe serta kemudahan Mesin Penapis Air dan Vendine Machine untuk pengguna. Selain itu, Pusat Sumber juga mengambil inisiatif dalam menjaga kebajikan para pelajar dengan mengadakan Sudut Freehatin iaitu menyediakan sarapan percuma kepada para pelajar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan