Untuk makluman warga kolej, kami di pihak Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang telah menyekat akses kepada halaman Koleksi Digital Soalan UPS & PSPM. Tindakan ini dibuat kerana:-
1. Koleksi soalan UPS dan PSPM adalah hak cipta Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Maka, akses dan penyebaran secara terbuka soalan-soalan tersebut melalui media elektronik adalah DILARANG sama sekali dan boleh dikenakan tindakan.
Namun begitu, kepada warga kolej khususnya pensyarah dan pelajar, jika anda ingin merujuk kepada koleksi soalan-soalan peperiksaan ini, anda boleh terus datang ke Pusat Sumber dan berhubung dengan kakitangan Pusat Sumber.
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.
Memaparkan catatan dengan label Soalan peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soalan peperiksaan. Papar semua catatan
15 Oktober 2015
18 Mac 2014
Koleksi Digital Soalan PSPM dan UPS
Perhatian kepada pengguna Pusat Sumber KMTPh,
Anda kini boleh muat turun Koleksi Soalan Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dalam bentuk digital melalui Blog Pusat Sumber KMTPh.
Sila klik link di bawah atau klik pada menu 'KOLEKSI SOALAN UPS & PSPM' yang dipaparkan di bahagian atas blog.
Kategori:
Koleksi digital,
PSPM,
Soalan peperiksaan,
UPS
Langgan:
Catatan (Atom)