Memaparkan catatan dengan label Sumber elektronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumber elektronik. Papar semua catatan

19 Julai 2022

Sumber Elektronik - Jom Mendaftar Sebagai Ahli u-PUSTAKA

Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-library.gov.my.  Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.


Layari www.u-library.gov.my/portal untuk mendaftar sekarang!



Sumber : https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/1228


14 Jun 2013

Jurnal Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia



Jurnal Kejuruteraan ialah sebuah medium yang disediakan oleh Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk penerbitan artikel-artikel ilmiah hasil karya penyelidik di seluruh rantau ini. Jurnal ini merupakan forum antarabangsa untuk penerbitan kertas-kertas teknikal dalam semua bidang kejuruteraan. Ia merupakan sebuah penerbitan yang diadili dengan ketat dan menyumbang kepada penyebaran penemuan penyelidikan dan penggunaannya dalam semua aspek kejuruteraan dan teknologi. Ia juga merupakan sumber yang unik tentang kegiatan penyelidikan dan hala tuju teknologi di Malaysia dan di rantau Asia-pasifik yang berkembang pesat. 


Jurnal ini bersifat antarabangsa dari segi skop dan wawasannya, serta penyumbangnya yang berasal dari banyak negara. Ahli sidang penyunting sendiri merupakan pakar, pengamal, profesional dan akademik yang disegani dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Semua artikel dikemukakan untuk penerbitan akan menjalani proses pengadilan kesepakaran yang ketat dan penyuntingan sebelum diterima untuk penerbitan bagi memastikan keaslian, keberkaitan dan piawaian yang tertinggi. Artikel yang telah diadili akan diterbitkan dengan pantas. Artikel yang diterima untuk penerbitan adalah berdasarkan kualiti dan keaslian karya di samping laras bahasa dan persembahan yang baik. 

Layari Laman Web Rasmi Jurnal Kejuruteraan untuk menggunakan sumber elektronik ini.


(Petikan teks diekstrak dari Laman Web Rasmi Jurnal Kejuruteraan)