14 Jun 2013

Jurnal Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia



Jurnal Kejuruteraan ialah sebuah medium yang disediakan oleh Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk penerbitan artikel-artikel ilmiah hasil karya penyelidik di seluruh rantau ini. Jurnal ini merupakan forum antarabangsa untuk penerbitan kertas-kertas teknikal dalam semua bidang kejuruteraan. Ia merupakan sebuah penerbitan yang diadili dengan ketat dan menyumbang kepada penyebaran penemuan penyelidikan dan penggunaannya dalam semua aspek kejuruteraan dan teknologi. Ia juga merupakan sumber yang unik tentang kegiatan penyelidikan dan hala tuju teknologi di Malaysia dan di rantau Asia-pasifik yang berkembang pesat. 


Jurnal ini bersifat antarabangsa dari segi skop dan wawasannya, serta penyumbangnya yang berasal dari banyak negara. Ahli sidang penyunting sendiri merupakan pakar, pengamal, profesional dan akademik yang disegani dalam pelbagai bidang kejuruteraan. Semua artikel dikemukakan untuk penerbitan akan menjalani proses pengadilan kesepakaran yang ketat dan penyuntingan sebelum diterima untuk penerbitan bagi memastikan keaslian, keberkaitan dan piawaian yang tertinggi. Artikel yang telah diadili akan diterbitkan dengan pantas. Artikel yang diterima untuk penerbitan adalah berdasarkan kualiti dan keaslian karya di samping laras bahasa dan persembahan yang baik. 

Layari Laman Web Rasmi Jurnal Kejuruteraan untuk menggunakan sumber elektronik ini.


(Petikan teks diekstrak dari Laman Web Rasmi Jurnal Kejuruteraan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan