08 Mei 2026

Lawatan BKNP Perpustakaan Negara Malaysia

 Pada 29 April 2026, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Al-Jazari, KMKPh. Rombongan diketuai oleh Encik Mohd Fairuz bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan dan ditemani oleh Pembantu Pustakawan, Encik Mohammad Hakim bin Nasaruddin. Lawatan ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan di KMKPh.









04 Mei 2026

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026

 Pada 24 April 2026, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kolej Matrikulasi Kejuruteraan di Pusat Sumber. Pelajar bersama pensyarah dan juga staf KMKPh telah hadir bersama untuk menjayakan program ini. Dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pustakawan, dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Masah bin Abu Mansor, Pengarah KMKPh, semua peserta diminta membaca buku untuk 10 minit. Diikuti dengan acara ulasan buku oleh 2 orang pensyarah dan 2 orang pelajar, serta deklamasi sajak oleh seorang pelajar yang berbakat. Pusat Sumber menganugerahkan sijil dan cenderamata kepada Pengunjung dan Peminjam paling aktif mengikut kategori masing-masing, serta hadiah kepada penyampai ulasan buku dan sajak. Pengunjung bertuah juga menerima cenderahati ikhlas daripada Pusat Sumber Al-Jazari.