KOLEKSI

  • Buku Teks
  • Koleksi ini terdiri daripada buku teks khususnya meliputi bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan, Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Matematik, Fizik Kejuruteraan, Kimia Kejuruteraan, dan lain-lain subjek. Kebanyakan buku teks adalah selaras dengan silibus program Matrikulasi Teknikal yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

  • Buku Rujukan
  • Koleksi ini terdiri daripada buku teks, buku panduan, kamus, ensiklopedia dan lain-lain yang ditempatkan di beberapa rak buku khas khusus untuk kegunaan di dalam Pusat Sumber sahaja.

  • Buku Bacaan Umum
  • Koleksi ini terdiri daripada buku yang meliputi subjek bahasa, motivasi, biografi, agama dan lain-lain yang bertujuan memenuhi kepelbagaian minat membaca pengguna

  • Buku Rujukan Peperiksaan Kerajaan
  • Koleksi ini terdiri daripada buku rujukan yang digunakan dalam sesuatu peperiksaan subjek jabatan atau dalam peperiksaan umum kerajaan.

  • Kertas Soalan Peperiksaan
  • Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan ini meliputi Soalan Peperiksaan Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) khusus bagi Program Matrikulasi Teknikal.

  • Akta Dan Pekeliling
  • Koleksi ini terdiri daripada pelbagai akta dan pekeliling semasa yang berkaitan dengan organisasi dan jabatan.

  • Novel
  • Koleksi himpunan novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terbitan tempatan dan luar negara untuk bacaan ringan pengguna.

  • Majalah
  • Koleksi majalah untuk bacaan ringan pengguna, antaranya Reader's Digest, BBC Knowledge, Newsweek, National Geographic dan majalah-majalah lama.

  • Surat Khabar
  • Koleksi surat khabar harian yang dilanggan oleh Pusat Sumber iaitu Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

  • Buletin
  • Koleksi buletin dari pelbagai organisasi antara buletin terbitan pelbagai universiti seperti dari UTeM, UMP, buletin dari Kolej Matrikulasi, Buletin SPRM, Buletin Pelancar dan lain-lain.

  • Terbitan Organisasi
  • Koleksi buku khas terbitan sesebuah organisasi, jabatan atau kementerian.

  • Koleksi poster
  • Koleksi poster ini adalah dalam format digital yang dihasilkan oleh warga KMKPh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan