Memaparkan catatan dengan label Koleksi digital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi digital. Papar semua catatan

19 Julai 2022

Sumber Elektronik - Jom Mendaftar Sebagai Ahli u-PUSTAKA

Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui portal u-Pustaka di www.u-library.gov.my.  Keahlian u-Pustaka adalah PERCUMA kepada seluruh rakyat Malaysia. Ahli u-Pustaka boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital. Ahli boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. Selain itu, u-Pustaka menyediakan akses kepada bahan digital yang merangkumi  buku audio, buku elektronik, majalah, jurnal , suratkhabar elektronik, perkhidmatan pangkalan data dan penerbitan kerajaan.


Layari www.u-library.gov.my/portal untuk mendaftar sekarang!



Sumber : https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/1228


18 Mac 2014

Koleksi Digital Soalan PSPM dan UPS

Perhatian kepada pengguna Pusat Sumber KMTPh,

Anda kini boleh muat turun Koleksi Soalan Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan  Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) dalam bentuk digital melalui Blog Pusat Sumber KMTPh.

Sila klik link di bawah atau klik pada menu 'KOLEKSI SOALAN UPS & PSPM' yang dipaparkan di bahagian atas blog.