KEMUDAHAN


Kaunter Sirkulasi  memudahkan pengguna membuat urusan peminjaman dan pemulangan bahan serta mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan Pusat Sumber kepada petugas kaunter.

 
Ruang Bacaan yang boleh memuatkan kira-kira 120 pengguna pada satu-satu masa berkonsepkan open space.


Bilik Rujukan menempatkan koleksi bahan rujukan seperti buku, majalah dan surat khabar. Kesemua koleksi rujukan ini  hanya boleh dipinjam dan dipulang pada hari yang sama ia dipinjam.



Cyber Learning merupakan bilik yang menyediakan kemudahan komputer dan internet kepada para pelajar. Sebanyak 10 buah komputer ditempatkan di bilik ini khusus untuk kegunaan para pelajar untuk menyiapkan tugasan dan melayari internet bagi mendapatkan maklumat.


Sudut PdP TV pula disediakan khusus para pelajar dalam menyokong gaya pembelajaran di luar bilik darjah seiring dengan  Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) pada masa kini. 

Rak Barang Terbuka disediakan di bersebelahan Kaunter Sirkulasi bagi menyediakan kemudahan pengguna meletakkan beg, buku dan barang peribadi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam Pusat Sumber.


Cyber Cafe adalah ruang santai yang membolehkan pengguna mengulangkaji dan perbincangan secara terbuka sambil menikmati kudapan. Ruang ini juga berdekatan dengan mesin penapis air khusus untuk kegunaan pengunjung.



Laman Santai Minda merupakan sudut santai yang membolehkan pengunjung mengadakan aktiviti dalam kumpulan kecil seperti pidato terbuka, belajar dalam kumpulan dan lain-lain aktiviti riadah. Pengunjung juga boleh bermain indoor games di sudut ini. Set indoor games boleh dipinjam di Pusat Sumber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan