Memaparkan catatan dengan label Poster. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Poster. Papar semua catatan

02 Disember 2024

2024 Book Recommendation

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Memandangkan tahun 2024 telah hampir ke pengakhirannya, kami ingin memberikan recommendation buku popular 2024 (menurut Goodreads dan MPH).

Buku ini tiada di pusat sumber (malangnya) tetapi boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran atau online.

Selamat membaca~



25 April 2016

Program Jom Baca Bersama 10 Minit (2016)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini Unit Pusat Sumber KMTPh sekali lagi mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi menyahut seruan dan menyatakan sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam melaksanakan program ini di setiap organisasi/jabatan masing-masing.
 
Untuk makluman, Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi kebiasaan diadakan pada tahun-tahun sebelum ini sempena meraikan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang jatuh pada 23 April.
 
Justeru, kami menyeru semua warga KMTPh untuk bersama-sama menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini yang akan diadakan pada 25 April 2016 (Isnin) ini. 
 
Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini mengajak anda untuk meluangkan masa membaca sebarang bahan bacaan (buku, majalah, suratkhabar) selama 10 minit bermula dari jam 11.00 pagi - 11.10 pagi. Keterangan aktiviti adalah seperti di dalam poster di bawah.
 
Kami pohon kerjasama dari warga KMTPh agar dapat bersama-sama meluangkan masa 10 minit untuk membaca pada hari tersebut. 

Nyatakan sokongan dan penyertaan anda dengan menghantar butiran seperti NAMA, UNIT dan GAMBAR anda (Individu/berkumpulan) sedang membaca semasa program tersebut dijalankan ke emel rubaina.matrik@1govuc.gov.my atau Whatsapp ke 013-6995448


Jom baca sekarang!!!


11 Jun 2015

Program Jom Baca Bersama 10 Minit


Pada 23 April 2015 yang lalu, Pusat Sumber KMTPh telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini diadakan bertujuan menyahut seruan dan menyatakan sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam melaksanakan program ini di setiap peringkat institusi / organisasi masing-masing. 
Untuk makluman, Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi kebiasaan diadakan pada tahun-tahun sebelum ini sempena meraikan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang jatuh pada 23 April.
 
Aktiviti ini mengajak warga KMTPh khususnya untuk meluangkan masa membaca sebarang bahan bacaan (buku, majalah, suratkhabar) selama 10 minit bermula dari jam 10.00 pagi - 10.10 pagi.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga KMTPh yang turut mengambil bahagian dalam program kali ini. Semoga program ini akan mendapat lebih sambutan pada tahun-tahun akan datang.








Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015


Saban tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan aktiviti yang wajib dalam kalendar Pusat Sumber KMTPh.Pada 25 April 2015 yang lalu, seramai 19 orang warga KMTPh telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Rombongan bertolak dari KMTPh pada jam 8.00 pagi dan tiba di PWTC pada jam 12.00 tengah hari. Pelbagai jualan buku dan bahan maklumat telah diadakan sepanjang pesta ini berlangsung yang menyaksikan penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara turut mengambil bahagian.

Rombongan bertolak pulang pada jam 3 petang dan tiba di KMTPh pada jam 7.30 malam. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan peserta rombongan yang sudi menyertai lawatan pada kali ini.







08 September 2014

Jelajah Pusat Sumber Siri 1/2014



Anda boleh mendapatkan Borang Silangkata Kemerdekaan di Pusat Sumber! 
Jom ramai-ramai kita meriahkan Pusat Sumber!



05 Jun 2013

Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia




Tarikh 5 jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1972 sempena Persidangan Stockholm mengenai "Alam Sekitar dan Manusia".

Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha menguruskan alam sekitar secara lestari. Dengan tema pada tahun ini "Think.Eat.Save" iaitu fikir,makan dan jimat bertujuan mengajak warga dunia berfikir dan berjimat bagi mengelakkan pembaziran makanan. Ini sekaligus dapat mengurangkan jejak karbon.

Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), sebanyak 1.3 bilion tan makanan dibazirkan setiap tahun yang bersamaan dengan jumlah makanan yang dihasilkan oleh seluruh kawasan gurun Afrika. Pada masa yang sama, seramai 1 dari 7 orang di dunia tidur dalam kelaparan  manakala lebih dari 20 ribu orang kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun mati kelaparan setiap hari.