Tarikh 5 jun setiap tahun disambut sebagai Hari Alam Sekitar Sedunia.
Sambutan itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
sejak 1972 sempena Persidangan Stockholm mengenai "Alam Sekitar dan
Manusia".
Sambutan ini bertujuan merangsang kesedaran manusia sejagat untuk
mengurus alam sekitar dengan penuh rasa tanggungjawab. Semua lapisan
masyarakat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha menguruskan alam
sekitar secara lestari. Dengan tema pada tahun ini "Think.Eat.Save" iaitu fikir,makan dan jimat bertujuan mengajak warga dunia berfikir dan berjimat bagi mengelakkan pembaziran makanan. Ini sekaligus dapat mengurangkan jejak karbon.
Menurut UN Food and Agriculture Organization (FAO), sebanyak 1.3 bilion tan makanan dibazirkan setiap tahun yang bersamaan dengan jumlah makanan yang dihasilkan oleh seluruh kawasan gurun Afrika. Pada masa yang sama, seramai 1 dari 7 orang di dunia tidur dalam kelaparan manakala lebih dari 20 ribu orang kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun mati kelaparan setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan