Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

04 Mei 2026

Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026

 Pada 24 April 2026, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Kolej Matrikulasi Kejuruteraan di Pusat Sumber. Pelajar bersama pensyarah dan juga staf KMKPh telah hadir bersama untuk menjayakan program ini. Dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pustakawan, dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Masah bin Abu Mansor, Pengarah KMKPh, semua peserta diminta membaca buku untuk 10 minit. Diikuti dengan acara ulasan buku oleh 2 orang pensyarah dan 2 orang pelajar, serta deklamasi sajak oleh seorang pelajar yang berbakat. Pusat Sumber menganugerahkan sijil dan cenderamata kepada Pengunjung dan Peminjam paling aktif mengikut kategori masing-masing, serta hadiah kepada penyampai ulasan buku dan sajak. Pengunjung bertuah juga menerima cenderahati ikhlas daripada Pusat Sumber Al-Jazari.











02 Disember 2025

Lawatan Penanda Aras di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

 Pada 25 November 2025, Pusat Sumber Al-Jazari bersama Unit Kaunseling Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah mengadakan lawatan penanda aras di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM).

Pihak Kaunseling serta Pusat Sumber IPGKRM telah menyambut baik lawatan kami dan berkongsi penyelidikan dan keunikan perkhidmatan serta fasiliti mereka.

Muzium di Pusat Sumber mengenai kajian warisan adat pepatih oleh Dr Abdul Karim Mansor





08 Oktober 2025

Program Jom ke Pusat Sumber

 Pada 8 Julai 2025 (Selasa), Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom ke Pusat Sumber dengan objektif untuk memperkenalkan pelajar sesi baru dengan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber. Aktiviti-aktiviti menarik seperti cabaran minda, dart, pameran soalan peperiksaan, kuiz dan pendaftaran u-pustaka telah diadakan dan hadiah-hadiah menarik juga disediakan kepada pemenang.






30 April 2025

Program Jom Baca 10 Minit 2025

 Pada 23 April 2025, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Program Jom Baca bersama 10 Minit peringkat kolej sempena Hari Buku Sedunia. Aktiviti Ulasan Buku dan penyampaian hadiah dan sijil juga diadakan untuk memeriahkan lagi program.

Poster Program

Aktiviti Ulasan Buku
Ulasan Buku oleh Puan Asiah

 


 

Pemenang Kuiz Pameran Bulanan

Pengulas Buku
Pengulas Buku


Anugerah Peminjam Paling Aktif (Pelajar)
Anugerah Peminjam Paling Aktif (Pensyarah)
 












03 Mei 2024

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Program Jom Baca bersama untuk 10 minit telah diadakan pada 3 Mei 2024 (Jumaat) di Pusat Sumber Al-Jazari, KMKPh. Program bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi dengan perasmian daripada Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Aktiviti ulasan buku, cabutan bertuah dan penyampaian sijil juga telah diadakan untuk memeriahkan lagi Program Jom Baca kali ini.



Peminjam aktif sesi 2023/2024 (Kategori Pelajar) : Salman Al-Farisi bin Izzudin

Peminjam aktif sesi 2023/2024 (Kategori Staf/Pensyarah) : Asiah binti Muda

Pengunjung aktif sesi 2023/2024 (Kategori Pelajar) : Umar Al Farouq bin Muhammad Hafiz

 

Ulasan Buku "Quantum : Antara Ruang dan Masa" oleh Ahmad Fatihul Wafiq bin Kamarudin

  

Ulasan Buku "Time Travelling with a Hamster" oleh Muhammad Amir Johan bin Haniff







World Quran Hour @ KMKPh

 

World Quran Hour telah diadakan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang anjuran Pusat Sumber Al-Jazari pada 4.4.2024 (Khamis) seiring dengan siaran langsung Astro Oasis.