03 Mei 2024

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Program Jom Baca bersama untuk 10 minit telah diadakan pada 3 Mei 2024 (Jumaat) di Pusat Sumber Al-Jazari, KMKPh. Program bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi dengan perasmian daripada Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar.

Aktiviti ulasan buku, cabutan bertuah dan penyampaian sijil juga telah diadakan untuk memeriahkan lagi Program Jom Baca kali ini.



Peminjam aktif sesi 2023/2024 (Kategori Pelajar) : Salman Al-Farisi bin Izzudin

Peminjam aktif sesi 2023/2024 (Kategori Staf/Pensyarah) : Asiah binti Muda

Pengunjung aktif sesi 2023/2024 (Kategori Pelajar) : Umar Al Farouq bin Muhammad Hafiz

 

Ulasan Buku "Quantum : Antara Ruang dan Masa" oleh Ahmad Fatihul Wafiq bin Kamarudin

  

Ulasan Buku "Time Travelling with a Hamster" oleh Muhammad Amir Johan bin Haniff







Tiada ulasan:

Catat Ulasan