Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawatan. Papar semua catatan

08 Mei 2026

Lawatan BKNP Perpustakaan Negara Malaysia

 Pada 29 April 2026, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaan Negara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Al-Jazari, KMKPh. Rombongan diketuai oleh Encik Mohd Fairuz bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan dan ditemani oleh Pembantu Pustakawan, Encik Mohammad Hakim bin Nasaruddin. Lawatan ini bertujuan untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan berkaitan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan di KMKPh.









02 Disember 2025

Lawatan Penanda Aras di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

 Pada 25 November 2025, Pusat Sumber Al-Jazari bersama Unit Kaunseling Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh) telah mengadakan lawatan penanda aras di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM).

Pihak Kaunseling serta Pusat Sumber IPGKRM telah menyambut baik lawatan kami dan berkongsi penyelidikan dan keunikan perkhidmatan serta fasiliti mereka.

Muzium di Pusat Sumber mengenai kajian warisan adat pepatih oleh Dr Abdul Karim Mansor





03 Jun 2025

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

 Pada 30 Mei 2025, Pusat Sumber Al-Jazari telah mengadakan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 2025 di Kuala Lumpur (PBAKL). Seramai 2 orang staf Pusat Sumber, 1 orang pensyarah dan 1 orang staf KMKPh telah menyertai lawatan terbabit.


 
 

11 Jun 2015

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015


Saban tahun, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan aktiviti yang wajib dalam kalendar Pusat Sumber KMTPh.Pada 25 April 2015 yang lalu, seramai 19 orang warga KMTPh telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.

Rombongan bertolak dari KMTPh pada jam 8.00 pagi dan tiba di PWTC pada jam 12.00 tengah hari. Pelbagai jualan buku dan bahan maklumat telah diadakan sepanjang pesta ini berlangsung yang menyaksikan penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara turut mengambil bahagian.

Rombongan bertolak pulang pada jam 3 petang dan tiba di KMTPh pada jam 7.30 malam. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan peserta rombongan yang sudi menyertai lawatan pada kali ini.







20 Mei 2014

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pada 28 April 2014 yang lalu, seramai 30 orang warga KMTPh telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Pesta buku ini telah berlangsung dari 25 April hingga 4 Mei 2014.

Rombongan bertolak dari KMTPh pada jam 8.00 pagi dan tiba di PWTC pada jam 11.30 pagi. Pelbagai jualan buku dan bahan maklumat telah diadakan sepanjang pesta ini berlangsung yang menyaksikan penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara turut mengambil bahagian.

Rombongan bertolak pulang pada jam 3 petang dan tiba di KMTPh pada jam 7.30 malam. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan peserta rombongan yang sudi menyertai lawatan pada kali ini.







10 Mei 2013

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pada 2 Mei 2013 yang lalu, seramai 17 orang kakitangan KMTPh telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Pesta buku ini telah berlangsung dari 26 April hingga 5 Mei 2013.

Rombongan bertolak dari KMTPh pada jam 7.30 pagi dan tiba di PWTC pada jam 11.00 pagi. Pelbagai jualan buku dan bahan maklumat telah diadakan sepanjang pesta ini berlangsung yang menyaksikan penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara turut mengambil bahagian.

Rombongan bertolak pulang pada jam 4 petang dan tiba di KMTPh pada jam 7.30 malam. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan peserta rombongan yang sudi menyertai lawatan pada kali ini.








27 Mac 2013

Lawatan dari Unit Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Pada 25 Januari yang lalu, Pusat Sumber KMTPh telah dikunjungi oleh 2 orang kakitangan dari Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK). Lawatan ini bersempena dengan Lawatan Kerja dari KMTK ke KMTPh.

Walaupun masa lawatan agak terhad, namun pelbagai maklumat dan pengalaman mengenai telah dikongsi oleh kedua-dua pihak. Semoga lawatan dan jalinan antara Pusat Sumber KMTPh dan Pusat Sumber KMTK akan terus terjalin erat.




26 November 2012

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pada 27 April 2011 yang lalu, seramai 27 kakitangan KMTPh telah menyertai lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 yang dianjurkan oleh Pusat Sumber KMTPh. Lawatan ke Pesta Buku ini bertujuan memberikan pendedahan kepada kakitangan KMTPh mengenai kepelbagaian maklumat yang terdapat pada masa kini di samping meninjau koleksi terbitan terkini penerbit-penerbit buku. Para peserta juga berpeluang mendapatkan buku terkini dan terpakai pada harga yang lebih murah sepanjang pesta ini berlangsung.

Lawatan Kerja ke Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh)




Pada 27 Oktober 2010 yang lalu, Unit Pusat Sumber KMTPh telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sumber KMPh bagi menjalinkan kerjasama di samping menimba pengalaman dan berkongsi ilmu kepustakawanan dan pengurusan perpustakaan di antara kedua-dua pihak. Lawatan yang disertai oleh Pustakawan dan Pembantu Am Pejabat disambut dengan layanan yang penuh mesra oleh pihak pengurusan tertinggi KMPh dan kakitangan Unit Pusat Sumber KMPh. Ribuan terima kasih diucapkan di atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang telah diberikan kepada pihak kami. Setinggi - tinggi penghargaan dirakamkan kepada KMPh di atas kesudian menerima kunjungan dari Pusat Sumber KMTPh.