20 Mei 2014

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pada 28 April 2014 yang lalu, seramai 30 orang warga KMTPh telah mengikuti lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur. Pesta buku ini telah berlangsung dari 25 April hingga 4 Mei 2014.

Rombongan bertolak dari KMTPh pada jam 8.00 pagi dan tiba di PWTC pada jam 11.30 pagi. Pelbagai jualan buku dan bahan maklumat telah diadakan sepanjang pesta ini berlangsung yang menyaksikan penerbit-penerbit buku dari dalam dan luar negara turut mengambil bahagian.

Rombongan bertolak pulang pada jam 3 petang dan tiba di KMTPh pada jam 7.30 malam. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan peserta rombongan yang sudi menyertai lawatan pada kali ini.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan