27 Mei 2014

Artikel Menarik (Mei 2014) - Apakah kepintaran bermakna kejayaan dan kebahagiaan?





Sebagaimanapun anda mencintai kepintaran dan definisi dari kata pintar itu adalah pengetahuan , maka sedarilah bahawa anda salah . Betul, anda pintar, lalu kenapa ? Definisi dari kepintaran menurut pandangan masyarakat umumnya terlalulah sempit, padahal dalam dunia sekarang ini atau bahkan mungkin sejak dulu kepintaran bukanlah segalanya yang menentukan kejayaan, kebahagiaan, dan kemakmuran .

Kepintaran Menurut Pandangan Umum

Banyak sekali orang yang melihat kepintaran sebagai berkat paling luar biasa . Mereka memandang kepintaran sebagai sebuah berkah tertinggi di mana seseorang mempunyai prestasi akademik yang bagus atau IQ yang tinggi .

Memang benar itu dapat membantu dalam banyak hal , seperti membantu anda mempelajari segala sesuatu dengan cepat , mengerti segala sesuatu dengan cepat , mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi , mendapatkan pekerjaan yang baik dan mempunyai peluang kerjaya yang bagus . Tapi sekali lagi , semua itu tidak bermakna kejayaan ataupun kebahagiaan . Sebuah Thread di Quora menunjukkan bahawa IQ tinggi tidaklah selalu bermakna kebahagiaan dan kejayaan .

Definisi Seharusnya Dari Kepintaran

habaget.com einstein

" Setiap orang itu genius , tapi jika anda mengecap sebuah ikan akan kemampuannya dalam memanjat pohon , maka seumur hidupnya ia akan mempercayai bahawa dirinya itu bodoh . " - Albert Einstein

Anda mempunyai IQ yang sangat tinggi ? itu hanya bererti anda pintar dalam ujian IQ . Ketahuilah bahawa ujian IQ hanya berguna untuk memberikan sedikit ramalan akan prestasi akademik .

Anda mempunyai prestasi akademik yang luar biasa ? Itu hanyalah berguna sebagai penunjuk bahawa anda mempunyai ketekunan yang tinggi dan kemampuan tinggi dalam mengingat maklumat dan mencurahkannya kembali sebagaimana diperintahkan oleh guru anda . Lalu bagaimana dengan murid yang tidak pintar dalam matematik tetapi dapat menggambar seperti Picasso ? Murid yang pintar dalam geometri namun kurang dalam aljabar ?

Ya , dari penjelasan di atas , kita boleh melihat bahawa definisi kepintaran itu sangatlah luas dan seperti yang dikatakan Albert Einstein , setiap orang itu pintar tetapi tidak dalam bidang yang benar - benar sama . Terlepas dari itu semua , yang sebenarnya boleh menentukan kebahagiaan dan kejayaan pada akhirnya adalah bagaimana seseorang boleh bertindak dengan pintar atau ' kepintaran aktif ' .

' Bertindak ' Dengan Pintar

Seseorang yang pintar mungkin dapat menyelesaikan pekerjaan rumahnya ( PR ) dalam setengah jam , namun mereka yang boleh bertindak dengan pintar akan mula mengerjakan pekerjaan rumah mereka lebih pagi , mungkin memerlukan masa sedikit lama , namun ia menyelesaikannya perlahan - lahan tanpa dengan ' Sistem Kebut Semalam ( SKS ) ' dan mereka berdua berjaya menyelesaikannya dengan baik .

Sekilas mungkin orang yang lebih pintar lebih beruntung , namun sedarkah anda bahawa orang yang bertindak dengan pintar telah belajar jauh lebih banyak daripada mereka yang sekadar pintar . Mereka yang bertindak dengan pintar akan belajar untuk mengetahui dan secara konsisten melakukan hal yang pintar .

Kemungkinan besar , jika kedua orang tersebut dihadapkan dalam sebuah situasi yang tidak hanya memerlukan kepintaran pengetahuan namun juga ketekunan , kecerdikan , dan keaktifan , maka mereka yang bertindak dengan pintar boleh lebih unggul berbanding mereka yang sekadar sangat pintar .

Menentukan Kejayaan dan Kebahagiaan



Anda boleh menanyakan kepada millionaire dunia manapun : " Apakah kepintaran bermakna kejayaan dan kebahagiaan ? " Maka jawaban mereka pastilah " tidak . " Orang terpintar di dunia ini mungkin boleh mengejutkan anda atas pengetahuan yang luar biasa , namun mereka yang boleh bertindak dengan pintar seperti mempunyai motivasi tinggi , tekun , dan masih banyak yang lain , merekalah akan dapat meraih impian mereka , mendapatkan kebahagiaan , dan kejayaan .

Itu tidak bermakna orang yang sangat pintar kemungkinan besar gagal , namun orang yang kurang pintar boleh belajar lebih dahulu bagaimana seharusnya mereka bertindak sebagai ganti kepintaran mereka . Orang yang lebih pintar mungkin akan belajar ini lebih terlambat kerana mereka yang sudah berada di atas kadang-kadang tidak akan belajar melihat ke bawah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan