25 April 2016

Program Jom Baca Bersama 10 Minit (2016)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini Unit Pusat Sumber KMTPh sekali lagi mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi menyahut seruan dan menyatakan sokongan kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam melaksanakan program ini di setiap organisasi/jabatan masing-masing.
 
Untuk makluman, Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi kebiasaan diadakan pada tahun-tahun sebelum ini sempena meraikan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang jatuh pada 23 April.
 
Justeru, kami menyeru semua warga KMTPh untuk bersama-sama menyertai Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini yang akan diadakan pada 25 April 2016 (Isnin) ini. 
 
Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini mengajak anda untuk meluangkan masa membaca sebarang bahan bacaan (buku, majalah, suratkhabar) selama 10 minit bermula dari jam 11.00 pagi - 11.10 pagi. Keterangan aktiviti adalah seperti di dalam poster di bawah.
 
Kami pohon kerjasama dari warga KMTPh agar dapat bersama-sama meluangkan masa 10 minit untuk membaca pada hari tersebut. 

Nyatakan sokongan dan penyertaan anda dengan menghantar butiran seperti NAMA, UNIT dan GAMBAR anda (Individu/berkumpulan) sedang membaca semasa program tersebut dijalankan ke emel rubaina.matrik@1govuc.gov.my atau Whatsapp ke 013-6995448


Jom baca sekarang!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan