11 April 2016

Artikel Menarik (April 2016) - Lumba unta di gurun sejauh 15km



para peserta bersedia di atas unta masing-masing untuk memulakan perlumbaan yang melalui gurun sejauh 15km.


TEMEENII bayar, festival unta yang diadakan di Gurun Gobi, Dalanzadgad, Mongolia baru-baru ini menarik penyertaan 1,108 peserta dan ribuan penonton. Ia merupakan perlumbaan unta terbesar di dunia.
Sebelum perlumbaan bermula, unta yang dihias cantik diarak di hadapan penonton. Para peserta juga tidak ketinggalan memakai pakaian tradisional Mongolia.
Selepas perarakan itu tamat, para peserta atau pemilik unta bersiap sedia untuk berlumba di kawasan gurun sejauh 15 kilometer.
Acara yang diadakan selama dua hari itu dianjurkan oleh Guinness World Records. Terdapat beberapa syarat penyertaan seperti unta tersebut berumur sekurang-kurangnya empat tahun dan baka bactrian.
Unta bactrian mempunyai dua bonggol berbeza dengan unta Arab yang memiliki satu bonggol. Unta bactrian tingginya lebih dua meter dan berat kira-kira 725 kilogram.
Spesies unta ini terkenal lasak, kuat dan sering digunakan untuk mengangkat pelbagai jenis barang. Seekor unta ini berharga kira-kira AS$750 (RM2,900).
Haiwan ini juga agak ganas, malah ketika pertandingan berlangsung beberapa ekor unta meredah kumpulan penonton. Begitupun, tiada kecederaan dalam kalangan penonton dilaporkan.
Sementara itu, ramai penonton sanggup merempuh perjalanan selama tujuh jam dari bandar Ulan Bator bagi menyaksikan pertandingan tersebut.
Pada tahun ini, pemenang utama mencatatkan masa selama 35 minit 12 saat.


Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0409&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz45XUh2c7U 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan