Tajuk : Akhir Yang Indah
Pengarang : Azah Khalida
Penerbit : Alaf 21
No. Panggilan : 899.2333 AZA
Syadia Taqwa seorang gadis desa, merupakan graduan yang baru sahaja
tamat pengajian dari salah sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. Bertugas
sebagai jurujual kereta dengan sahabatnya, Alya Nameerah. Emir Mukhlis seorang
wartawan dan pelukis, terpaksa mengikut rakan sepejabatnya Taufiq, balik ke
kampung untuk bercuti. Suatu petang, Emir Mukhlis berjalan untuk menikmati keindahan desa di situ.
Apabila sampai di tepi jeram, dia secara tidak sengaja terlihat Syadia Taqwa
yang tergelincir dan jatuh semasa memijak batu-batu di jeram. Semenjak dari
peristiwa itu, Emir Mukhlis sentiasa
berusaha mencari gadis yang dilihatnya di jeram.
Emir Mukhlis
abadikan wajah Syadia Taqwa di atas kanvas untuk dijadikan lukisan. Emir Mukhlis melukis gadis yang menjadi
misteri itu betul-betul serupa dengan kejadian di jeram itu. Kondisi gadis itu
kelihatan sedang berada di atas batu di jeram. Dia seperti baru bangun daripada
jatuh telentangnya. Di wajahnya, terserlah rasa sakit.
Syadia Taqwa
gelisah diburu cinta tiga jejaka. Ketika mengenali Emir, dia telah lama
melupakan episod kasihnya bersama Irfan sewaktu di kolej dulu. Baginya, kisah
kasih antara dia dan Irfan telah berakhir. Selembar waktu berlalu, perwatakan
Emir yang tenang mencuit hati wanitanya. Namun, perasaan itu cuba dihindari.
Dalam pada itu, dapat dirasakan perhatian Afiq terhadapnya bukan sekadar
sebagai seorang ketua dengan pekerja.
Tiga lelaki yang
berbeza peribadi membuatkan Syadia lemas sendiri. Dia bingung dalam menilai
erti cinta sebenar. Malah, dia bimbang jika tersilap pilihan. Namun hati
kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Di
antara tiga lelaki itu, siapakah yang akan berjaya memiliki cinta Syadia Taqwa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan