15 Oktober 2015

Penutupan Halaman Koleksi Digital Soalan UPS & PSPM

Untuk makluman warga kolej, kami di pihak Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang telah menyekat akses kepada halaman Koleksi Digital Soalan UPS & PSPM. Tindakan ini dibuat kerana:-

1. Koleksi soalan UPS dan PSPM adalah hak cipta Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. 

2. Maka, akses dan penyebaran secara terbuka soalan-soalan tersebut melalui media elektronik adalah DILARANG sama sekali dan boleh dikenakan tindakan. 

Namun begitu, kepada warga kolej khususnya pensyarah dan pelajar, jika anda ingin merujuk kepada koleksi soalan-soalan peperiksaan ini, anda boleh terus datang ke Pusat Sumber dan berhubung dengan kakitangan Pusat Sumber. 

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan