26 November 2012

Taklimat Pusat Sumber sempena MPPB Sesi 2012/2013

Sempena Minggu Pendaftaran Pelajar Baru (MPPB) Sesi 2012/2013 yang lalu, Unit Pusat Sumber telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai Pusat Sumber khusus untuk pelajar baru sesi kemasukan 2012/2013. Taklimat yang diadakan di Dewan Ibnu Sina pada 31 Mei 2012 telah disampaikan oleh Pustakawan KMTPh. Antara kandungan taklimat ialah pengenalan kepada Pusat Sumber KMTPh dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelajar dan warga KMTPh keseluruhannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan