NOOSA, Australia - Australia bakal menyambut Hari Burger Antarabangsa esok, sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia, lapor akhbar Daily Mail.
Sehubungan itu, banyak rangkaian restoran burger menawarkan promosi makanan segera tersebut di premis masing-masing, termasuklah Betty’s Burger.
Betty’s Burger dan aplikasi penghantaran makanan, Deliveroo menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bercuti di sebuah resort di sini sempena Hari Burger Antarabangsa pada 4 Julai 2019 menerusi satu peraduan.
Para pelanggan hanya perlu membuat pesanan dengan Betty’s Burger menerusi aplikasi tersebut untuk layak menyertai peraduan berkenaan, dengan seorang sahaja pemenang akan dipilih.
Deliveroo menawarkan diskaun 30 peratus bagi lebih 100 restoran burger terpilih di Australia termasuklah Ogalo, Royal Stacks dan Johnny Bird.
McDonald’s turut menyambut ketibaan Hari Burger Antarabangsa dengan memberi 250,000 burger Quarter Pounder percuma kepada para pelanggannya.
KFC pula menawarkan promosi burger dua dalam satu menerusi pembelian Burger Original Recipe KFC menggunakan aplikasinya, memberi satu burger percuma bagi setiap burger dibeli.
Hari Burger Antarabangsa mula disambut di beberapa negara pada tarikh 28 Mei sejak beberapa tahun lalu tetapi ada juga yang melanjutkan sambutannya selama seminggu sehingga 4 Jun. Lokasi dan tahun permulaan sambutan ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan