Abe mengumumkan pendirian Tokyo itu dua minggu sebelum Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dipindahkan dari Tel Aviv ke kota suci ter­sebut.
Dalam pertemuan mereka di bandar Ramallah, Abe memberi jaminan kepada Mahmoud bahawa Jepun tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis, demikian menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa.
Wafa menyatakan, Perdana Menteri Jepun itu juga mengulangi sokongan negaranya ke arah pembentukan sebuah negara Palestin merdeka da­lam kerangka penyelesaian dua negara.
Tambah agensi berita ber­kenaan, Mahmoud berterima kasih kepada Abe kerana sokongan Jepun untuk rakyat Palestin.
“Rakyat Palestin bersedia bekerjasama untuk kejayaan sebarang usaha antarabangsa dalam mencari penyelesaian politik kepada krisis Palestin-Israel,” Mahmoud dipetik sebagai berkata.
AS akan memindahkan ke­dutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis pada 14 Mei ini dalam langkah kontroversi yang mencetuskan kemarahan rakyat Palestin.
Penduduk Palestin menganggap Baitulmuqaddis Ti­mur sebagai ibu kota negara mereka pada masa hadapan. – AFP