Selain itu, Edith Traina dari Tampa di sini turut diberi penghormatan di mana satu pertandingan angkat berat telah dinamakan sempena namanya iaitu Edith Traina Inspirational Open 2018.
Acara itu diadakan di Fasiliti Latihan Stronglife di sini yang mana ia disertai peserta remaja berumur 13 tahun dan beberapa individu warga emas.
Traina merupakan seorang bekas guru tarian mula meminati sukan itu apabila berkunjung ke sebuah gimnasium Akademi Bill Beekley di sini bersama rakannya.
Sejak itu, dia mula mengambil bahagian dalam beberapa sukan angkat berat dan berjaya merangkul beberapa pingat emas.
Traina kini memasang impian untuk mengangkat beban seberat 90 kilogram sebelum mencapai usia 100 tahun. – Agensi