Dalam kejohanan itu, suami perlu berlari sejauh 380 meter dengan memikul pasangannya yang berpaut pada bahagian belakang.
Peserta kejohanan bukan sahaja perlu berlari tetapi juga melalui beberapa rintangan termasuk mendaki setinggi 15 meter dan melalui kawasan basah termasuk disembur air oleh orang ramai.
Kejohanan itu diinspirasikan daripada kisah legenda perompak Ronkainen pada abad ke-19 yang gemar menghuru-harakan kampung dan melarikan kaum wanita.
Dalam pada itu, salah seorang peserta kejohanan tersebut terpaksa bergelut dengan kesakitan selepas pasangannya tergelincir lalu menghempap kepalanya menyebabkan mereka terpaksa dibantu oleh petugas paramedik. – Agensi