Rupali Meshram, 23, berkata, dia dan ibunya hanya menggunakan sebatang kayu ketika bertarung dengan haiwan itu yang muncul secara tiba-tiba di rumahnya di sini.
Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut laman web Perbadanan Penyiaran British (BBC), doktor yang merawat memuji keberanian mereka dan berkata, dua beranak itu bernasib baik kerana harimau itu tidak membaham mereka.
Meshram dan ibunya dilaporkan semakin beransur pulih tetapi kambing­nya yang cedera parah akibat serangan itu mati sejurus kejadian tersebut.
India merupakan negara yang mempunyai lebih daripada setengah populasi harimau di seluruh dunia dengan catatan terakhir sebanyak 2,226 ekor pada tahun 2014. 
– Agensi