Hukuman itu menyusul perbicaraan lebih 10 bulan yang berakhir dengan Geun-hye didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan termasuk rasuah dan salah guna kuasa.
“Jumlah rasuah yang di–terima atau diminta tertuduh bersama subahatnya, Soon-sil berjumlah lebih 23 bi–lion won (RM84 juta),” kata Hakim, Kim Se-yoon, merujuk kepada sahabat karib Geun-hye, Choi Soon-sil.
“Saya menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun ke atas tertuduh dan denda sebanyak 18 bilion won (RM36 juta),” tambah hakim berkenaan.
Geun-hye, 66, memboi–kot perbicaraan sebagai memprotes penahanannya. Dia juga tidak hadir ke mahkamah semalam untuk mendengar keputusan perbicaraan itu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Anak perempuan diktator Korea Selatan yang dibunuh, Park Chung-hee itu mengambil alih pemerintahan negara pada 2013 dan menyifatkan dirinya sebagai bebas rasuah dan tidak memakan budi sesiapa.
Skandal membabitkan Geun-hye dan Soon-sil terma–suk rasuah, salah guna kuasa melibatkan syarikat-syarikat korporat Korea Selatan.
Soon-sil pula dibicarakan secara berasingan dan pada Februari lalu, dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. – AFP