Pelumba berusia 25 tahun tersebut hilang arah apabila Muhammad Shah Firdaus mula memintas dan menewaskannya sekali gus layak untuk berada dalam kelompok 16 pelumba yang mara ke final.
Glaetzer yang merangkul pingat emas acara keirin kelmarin tidak dapat menerima hakikat tersebut dan menganggap kesilapan itu sebagai mimpi ngeri dalam sejarah kariernya.
“Saya lambat mengorak langkah ketika loceng dibunyikan. Saya sepatutnya mempercepatkan lagi kayuhan dan tidak terlalu mengawal pergerakan lawan saya. Kesilapan tersebut sangat sukar untuk saya terima dan merupakan satu mimpi ngeri yang perlu saya hadapi.
“Ketika perlumbaan, saya cuba sedaya upaya, namun tidak berjaya mendapatkan kelajuan yang sepatutnya. Ketika saya mula mendapat rentak, semuanya sudah terlambat.
“Saya perlu sedikit masa untuk terima hakikat bahawa kekalahan saya adalah disebabkan kesilapan mudah. Tapi saya yakin mampu kembali kuat esok (hari ini) untuk hadapi cabaran 1000 meter,” katanya. – Agensi