22 November 2016

Artikel Menarik (November 2016) - Tahukah ? Bagaimana Koleksi Perpustakaan diurus dan Diselenggarakan!





Penyelenggaraan bahan perpustakaan boleh dilakukan melalui kaedah kaedah berikut:
1.       Pemeliharaan

·         Langkah-langkah dan peraturan yang mencukupi untuk menjaga, membaiki dan menyenggara sumber perpustakaan.

2.       Pemuliharaan

·         Langkah-langkah dan peraturan yang berpatutan serta penggunaan prosedur teknikal makmal, dalam penjagaan, perawatan, penyimpanan dan penggunaan bahan perpustakaan.

3.       Pengawetan

·         Penggunaan prosedur teknikal makmal didalam proses membaiki dan membaikpulih bahan perpustakaan hampir ke bentuk asalnya.

4.       Penyahsidan

·         Proses menaikkan nilai alkali sesuatu dokumen khasnya kertas ke paras minimum 7.0pH untuk membantu pemeliharaannya.

Penyimpanan bahan perpustakaan perlu mengambil kira beberapa faktor seperti berikut:

Ruang simpanan


1.       Menentukan persekitaran mempunyai kelebapan dan suhu yang konsisten mengikut kesesuaian jenis bahan.

2.       Menyediakan kemudahan pendingin udara 24 jam terutamanya untuk bilik kebal manuskrip, bahan nadir, koleksi negara dan audiovisual.

3.       Menghindarkan habuk, bahan makanan, minutan dan pencemaran lain.

4.       Menyediakan lokasi yang baik unruk menyimpan bahan iaitu tempat yang jauh dari pancaran matahari, medan magnet dan elektrik.

5.       Menyediakan tempat simpanan yang diperbuat dari kayu atau non-magnetic metals bagi bahan-bahan elektronik.

6.       Menggunakan rak yang sesuai bagi bahan tertentu.

7.       Menentukan persekitaran bebas dari makhluk dan agen perosak seperti serangga, kulat, anai-anai dan lain-lain.

8.       Suhu yang sesuai bagi ruang simpanan adalah seperti berikut:-

Jenis bahan
Suhu
Kelembapan
Manuskrip
15.5-20 C
45%-50%RH
Buku
18-21 C
50%-55%RH
Media Magnetik
16-20 C
40%-45%RH
Mikrofilem
16-20 C
40%-45%RH




Peralatan kawalan persekitaran

Tiga alat yang digunakan untuk mengawal pencemaran udara iaitu:
1.       Dehumidifier

                Alat dehumidifier adalah digunakan untuk mengawal kelembapan didalam udara.

2.       Thermohydrograph

                Alat thermohydrograph digunakan untuk kadar suhu dan kelembapan.

3.       Air Purifier/Ionizer

                Alat Air Purifier atau ionizer digunakan untuk memerangkap debu dan habuk.

4.       Ruang Bacaan

          Menentukan persekitaran mempunyai kelembapan ± 50% RH dengan
                suhu 21ºC.
          Menghindarkan ruang dari habuk dan pencemaran lain

Pencahayaan

          Menentukan penggunaan cahaya lampu yang tidak panas dan bebas dari cahaya ultra-unggu.
          Menentukan haba yang rendah dan seragam serta tidak merosakkan koleksi.

Penyelenggaraan



Penyelenggaraan ke atas koleksi perpustakaan perlu dijalankan sepanjang masa dan pemeriksaan rambang dijalankan 4 kali setahun. Peralatan yang digunakan untuk memelihara koleksi perpustakaan juga perlu dipantau dan disenggarakan secara berjadual.

1.       Aspek Penggunaan
·         Menyediakan panduan pengendalian sumber perpustakaan.
·         Memastikan peralatan khas yang dapat menjamin keselamatan keadaan fizikal bahan tertentu    
      digunakan.
·         Memastikan amalan pengendalian sumber perpustakaan yang cermat.

2.       Aspek Keselamatan dan Bencana

·        Menyediakan sistem kawalan keselamatan yang terjamin.
·         Menyediakan alat pencegah kebakaran yang sesuai dan mencukupi disetiap ruang koleksi dan             makmal mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341) 
·         Menyediakan peralatan dan mengadakan prosedur keselamatan untuk menghadapi kecemasan   
      mengikut dasar dan polisi keselamatan organisasi

Kesimpulan

Pelaksanaan pengurusan Koleksi Perpustakaan seharusnya menggambarkan keperluan pelanggan. Koleksi yang dibangunkan oleh perpustakaan mestilah berkait rapat dengan keperluan pelanggan dan organisasi. Bahan-bahan perlu diselenggarakan supaya berkeadaan baik untuk menarik pengguna dan menggalakkan suasana keilmuan.



Artikel Oleh:

Harith Faruqi Sidek, Pustakawan

Bahagian Arkib, Galeri dan Khas


Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan