Seorang lelaki bernama Kugan menjadi viral apabila kisahnya yang dikatakan amat memberikan inspirasi kepada orang ramai itu dikongsi oleh beribu-ribu orang pengguna laman sosial Facebook.
Dia yang dahulunya merupakan seorang budak pejabat di syarikat penerbangan AirAsia kini boleh berbangga selepas berjaya bergelar juruterbang syarikat penerbangan tambang murah itu.
Kugan memulakan kerjayanya sebagai budak pejabat AirAsia. Dia telah memasang angan-angan untuk bergelar juruterbang.
Bagaimanapun, Kugan dikatakan telah gagal ujian penerbangan bukan sekali atau dua kali tetapi sebanyak 11 kali.
Begitu pun, Kugan tidak berputus asa dan terus mencuba lagi sehinggalah diterima menjadi juruterbang pelatih.
Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia berkata, dia sedar potensi yang dimiliki oleh anak muda itu dan dia mahu Kugan terus berusaha untuk mencapai cita-citanya.
Beliau berkongsi kisah Kugan di akaun Twitternya dan berkata, kegigihan dan sikap tidak putus asa Kugan wajar dicontohi oleh semua orang.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm#ixzz44DSRcP9M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan