12 Februari 2016

Artikel Menarik (Februari 2016) - Lelaki habiskan masa setahun lihat wanita




RATA-RATA lelaki berpendapat dengan melihat wanita membuatkan mereka berasa gembira. – Gambar hiasan


RATA-RATA golongan wanita pasti berasa cemburu apabila mendapati pasangan mereka melihat wanita lain. Mata keranjang atau tidak, ia bukan suatu perkara asing bagi golongan lelaki untuk melihat kecantikan seseorang wanita.
Kajian terbaharu mendapati, kaum Adam menghabiskan satu tahun sepanjang hidupnya hanya untuk melihat wanita.
Berdasarkan kajian yang dijalankan Kodak Lens Vision Centres yang berpangkalan di Britain itu, seorang lelaki akan menghabiskan hampir 43 minit sehari untuk melihat 10 orang wanita berbeza.
Jurucakapnya, Mark Ireland berkata, sebanyak 19 peratus responden lelaki mengatakan dengan melihat wanita membuatkan mereka berasa gembira.
“Hal ini sebaliknya membuatkan wanita berasa kurang selesa dengan 20 peratus mengakui malu apabila dipandang lama-lama, manakala 16 peratus lagi tidak yakin dengan penampilan diri,” katanya.
Menerusi kajian itu juga, penyelidik mendapati hampir sepertiga daripada responden pernah bergaduh dengan pasangan masing-masing gara-gara melihat wanita lain, manakala satu daripada 10 mengaku berpisah kerana berkelakuan sedemikian.
Kajian itu melibatkan 3,000 orang lelaki berusia antara usia 18 hingga 50 tahun.


Rujukan : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz3zulvdjJ4 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan