Sesuatu yang agak membebankan bila kita berada di luar kawasan yang tiada membekalkan bekalan elektrik dan kita membawa bersama telefon bimbit sebagai alat penghubung penting. Sudah tentu bekalan bateri yang tersedia dalam telefon bimbit anda hanya boleh kekal selama beberapa jam sahaja.
Bagaimana jika kita memerlukan penunjuk arah dari sistem GPS yang ada dalam telefon bimbit kita? Kebanyakan telefon pintar kini menyediakan sistem sebegitu dalam telefon pintar anda dan ianya sudah tentu penting sebagai penunjuk arah bila anda berada di dalam hutan contohnya. Anda juga boleh mengakses peta melalui telefon pintar anda kini.
Ini penyelesaian pertama yang kita boleh dapat sekiranya kita sedang berada di dalam hutan atau melakukan aktiviti 'out door'. Alat ini dikenali sebagai Biolite Stove dan amat berguna buat mereka yang suka berkhemah di luar kerana ianya adalah 2 dalam satu, sambil anda menggunakan dapur dengan memasak air contohnya, anda boleh mengecas bateri telefon bimbit anda.
Sistem yang digunakan dalam dapur ini adalah kepanasan yang dihasilkan oleh dapur tersebut akan menjana elektrik kecil yang cukup untuk anda mengecas telefon bimbit anda dan ianya bukan satu pembaziran masa. Sambil anda menanti masakan anda tersedia, telefon bimbit anda juga telah di cas dan sedia digunakan.

Alat pengecas telefon bimbit seterusnya ini pula hanya menggunakan air sebagai bahan perantara. Dikenali sebagai Powertrekk dan alat pengecas ini menggunakan sejenis bateri unik yang terdapat di dalamnya dan anda hanya perlu memasukkan air. Tidak kira air tawar atau air laut sebagai perantara yang akan menjana sistem pengecas yang ada di dalamnya.
Selain dari telefon bimbit, ada juga alatan elektrik lain yang boleh dicas menggunakan kedua alatan di atas. Dua alatan di atas perlu di bawa oleh anda sekiranya anda merancang untuk berkhemah di hutan atau melakukan aktiviti lasak lain yang jauh dari kesibukan kota tanpa bekalan elektrik. Kini anda tiada masalah lagi sekiranya berada di luar kawasan tanpa bekalan elektrik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan