Bertempat di Pusat Sumber KMTPh, Jelajah Pusat Sumber (JPS) Siri 2/2014 telah diadakan bermula 29 September hingga 3 Oktober 2014 yang lalu. JPS pada kali ini bertemakan komuniti ASEAN di mana sepanjang ia berlangsung, telah diadakan pameran mengenai ASEAN.
Majlis pelancaran Pameran Komuniti ASEAN telah diadakan pada 29 September yang mana disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Hajah Wan Nordiana binti Wan Abd Rahman bertempat di Pusat Sumber KMTPh.
Pada hari tersebut juga, penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi JPS Siri 1/2014 telah diadakan.
JPS pada kali ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti antaranya Kuiz Komuniti ASEAN, Pertandingan Mereka Bookmark ASEAN, Pertandingan Mengarang Pantun ASEAN disamping pameran mengenai ASEAN dan negara anggotanya.
Tema JPS pada kali ini adalah sejajar dengan hasrat untuk mendedahkan warga KMTPh mengenai ASEAN dan maklumat-maklumat yang menarik bagi setiap negara anggotanya. Ia sekaligus dapat menambahkan pengetahuan mengenai ASEAN selaras dengan mempromosikan negara kita selaku Pengerusi Komuniti ASEAN bagi tahun 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan