26 Mac 2014

Sinopsis Buku (Mac 2014) - Untukmu Yuna



JUDUL  :  UNTUKMU YUNA
PENGARANG  :  SHAHRIAH ABDULLAH
PENERBIT  :  BUKU PRIMA
NO. PANGGILAN  :  899.2333 SHA

Juliana (Yuna) dan Jannah (Ana) adik beradik yatim piatu yang dibela Encik Bashir dan isterinya Puan Kasmah.Setelah kematian isterinya,kehidupan mereka anak-beranak semakin terhimpit.Encik Bashir terpaksa menyerahkan Yuna dan Ana di bawah jagaan Mak Ngah Munah.

Mak Ngah Munah yang sememangnya  membenci Yuna, Ana dan Puan Kasmah kerana dia menganggap Puan Kasmah  sebagai perampas harta pusaka peninggalan arwah neneknya.Hidup Yuna dan Ana umpama di neraka kerana mereka kerap di dera oleh Mak Ngah Muna.

Kemiskinan bukan penghalang bagi Yuna dan Ana untuk belajar kerana mereka pelajar yang bijak.Hasmudi,seorang pelajar dari bandar yang baru berpindah ke kampung telah menaruh hati dengan Yuna.Namun hubungan mereka terputus disebabkan oleh Mak Ngah Munah.

Yuna akhirnya dikahwinkan dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish.Kemunculan Hasmudi menagih cinta lama menyebabkan hidup Yuna kembali bergolak.Campur tangan Datin Rokiah ibu Hasmudi juga semakin  membebankan Yuna.Apakah kesudahan cinta Yuna?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan