26 Mac 2014

Sinopsis Buku (Mac 2014) - Ubat Hati





JUDUL : UBAT HATI
PENGARANG : SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD & IDA EZYANI OTHMAN
PENERBIT : TELAGA BIRU SDN BHD
NO. PANGGILAN : 297.57 SIT

Buku ini memberi panduan melakukan eksplorasi hati bagi membentuk hidup yang lebih terarah, bermakna dan cemerlang. Persoalan hati adalah suatu yang amat penting diberi perhatian kerana hati ibarat raja dalam kerajaan tubuh badan kita.  Jika hati kita baik, maka baiklah semua pancaindera.

Banyak kejahatan di atas muka bumi berpunca daripada hati yang sakit.  Kita hendaklah melatih hati agar menjadi jernih dan sukakan kebaikan. Jika seseorang itu memiliki sifat-sifat keji dan sering melakukan kejahatan menunjukkan ia sedang menerima arahan daripada hati yang sakit. Untuk memulihkan  akhlak dan tingkah laku individu sebegini maka hatinya perlu diubati.

Antara penyakit hati yang teruk ialah hasad dengki, dendam, iri hati, tamak haloba, memuja wang dan harta benda, pentingkan diri, gila dunia, ego, gila kemasyhuran, gila hiburan dan seks, fahaman tidak bertuhan, penakut, kecewa, merasa hina diri dan sebagainya.

Pokok kepada ubat penyakit hati ini ialah kembali kepada ajaran Allah s.w.t. melalui agama samawi yang diturunkan-Nya. Allah s.w.t membekalkan manusia dengan keupayaan untuk bertindak sebagai khalifah di dalam mentadbir muka bumi ini. Proses membaiki hati ini berterusan hingga hari kiamat. Kalau setiap individu itu baik maka keluarga itu akan baik dan seterusnya masyarakat mereka akan baik.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan