Ingatan mendasari kekayaan kehidupan manusia. Sukar dipercayai semua hal itu bergantung pada daging dan bahan pekat di antara telinga. Beberapa tahun terakhir, penyelidik mampu mengesan memori ke struktur, bahkan tahap molekul. Hal ini menunjukkan ingatan tersimpan di seluruh struktur otak antarneuron.
Menurut McGill University dan Mental Health and Addiction Canadian Institute of Neurosciences, terdapat dua cara otak menyimpan ingatan. Ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek akan diterjemahkan ke dalam ingatan jangka panjang di hippocampus, kawasan otak yang lebih dalam.
Menurut McGill, ingatan diputar kembali melalui hippocampus yang merupakan hubungan antarneuron. Akibatnya, jika anda mendengar muzik misalnya, maka akan dibanjiri ingatan lain. Dalam scan otak, saintis melihat berbagai daerah otak bercahaya ketika seseorang sedang mengingat. Hal ini menunjukkan ingatan mewakili suatu indeks rakaman sensasi dan fikiran yang berbeza. Hippocampus akan membantu mengukuhkan pola sambungan yang membentuk ingatan, namun ingatan itu sendiri bergantung pada kekuatan sambungan antara sel otak individu.
Saat melakukan percubaan, para saintis NYU, Medical College of Georgia membuktikan bahawa memadam atau mengubah satu molekul kimia dapat mencegah pembentukan ingatan, bahkan menghancurkan ingatan yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan