03 Julai 2023

Artikel Menarik - Emosi berubah-ubah akibat bipolar

 

Bipolar ialah gangguan berkaitan penyakit kesihatan mental yang teruk hingga ia boleh menjejaskan 'mood' atau emosi.

Namun, sejauh mana bipolar yang juga dikategori dalam gangguan mental ini seharusnya digusarkan atau sekadar dibiarkan sahaja atau dipercayai boleh hilang dengan sendiri.

Namun, setiap orang perlu mengetahui mengenai gangguan personaliti bipolar. Gangguan bipolar dipanggil kemurungan manik atau 'manic depression' iaitu keadaan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan emosi melampau, termasuk emosi yang tinggi (dikenali sebagai mania atau hypomania) dan rendah (juga dipanggil kemurungan).

Perubahan emosi, tetapi tidak begitu teruk dikelaskan sebagai gangguan bipolar, sesetengah orang didiagnosis mengalami cyclothymia (bentuk gangguan bipolar yang ringan).

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 40 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan bipolar.

Daripada jumlah itu, terdapat pelbagai jenis keadaan, iaitu bipolar I dan bipolar II.

Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah keterukan episod kemurungan manik yang disebabkan setiap satunya.

Ini kerana penghidap bipolar I akan mengalami episod manik penuh, manakala mereka yang mempunyai bipolar II akan mengalami episod hipomanik.

Episod hipomanik dicirikan sebagai kurang teruk daripada episod manik. Penghidap episod hipomanik biasanya tidak memerlukan dirawat di hospital, walaupun ia boleh mengakibatkan berlakunya episod manik.

Sementara itu, seseorang yang ada bipolar I mungkin tidak mengalami episod kemurungan utama, manakala individu yang menghidapi bipolar II akan mengalaminya.

Adakah bipolar satu gangguan personaliti?

Bipolar ialah sejenis gangguan mental atau mood. Bagaimanapun, gangguan personaliti bipolar (BPD) dan gangguan bipolar adalah keadaan yang berbeza.\

Orang yang mempunyai BPD mempunyai gangguan personaliti, manakala mereka yang mempunyai bipolar dikelaskan sebagai mengalami gangguan mood.

Pakar mengatakan bahawa BPD dalam beberapa keadaan boleh menjadi lebih sukar untuk dirawat.


Apa pula ujian personaliti bipolar?

Justeru, ujian dilakukan apabila doktor merasakan pesakit mungkin menghidap penyakit itu, dan kemudian kes itu akan dirujuk kepada pakar psikiatri.

Pesakit akan ditanya beberapa soalan untuk menentukan sama ada dia menghidap penyakit itu dan jika seseorang itu mempunyai tanda-tanda, pakar psikiatri akan berbincang mengenai kaedah rawatan bersesuaian.

Dalam kebanyakan kes, pesakit akan ditanya tentang simptom dan sejak bila mula mengalami penyakit itu.

Pakar perubatan juga akan bertanya mengenai sejarah keluarga pesakit sama ada ada antara keluarganya mengalami masalah gangguan kesihatan mental.

Rawatan bipolar

Ada rawatan sedia ada bertujuan membantu mengendalikan episod dan mengurangkan kesannya terhadap kehidupan individu.

Dengan rawatan itu keadaan pesakit boleh bertambah baik dalam masa tiga bulan.

Simptom bipolar

* Kurang bertenaga

* Merasa sedih atau marah

* Hilang minat dalam aktiviti harian

* Wujud keraguan dalam diri

* Kurang selera makan

* Kesukaran tidur

* Berfikiran mahu membunuh diri

Gejala bipolar adalah berbeza dan bergantung pada mood dialami oleh penghidap. Setiap episod, sama ada mania atau kemurungan itu boleh berlaku beberapa minggu atau bulan)

Gejala semasa tempoh mania termasuk:

* Mengalami tahap tenaga yang tinggi

* Sukar tidur

* Menjadi mudah terganggu

* Perasaan sangat gembira atau gembira

* Berkhayal

* Membuat keputusan impulsif seperti membelanjakan sejumlah besar wang

* Menyebut perkara yang di luar tabiat

* Terasa diri penting

SUMBER: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/06/1120835/emosi-berubah-ubah-akibat-bipolar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan