BULAN Ramadan
berakar umbi daripada iman, sejarah dan budaya.
Ini termasuklah
amalan penggunaan siwak sebagai cara membersihkan mulut dan gigi.
Ramai orang Islam
menggunakan siwak pada siang hari untuk mengekalkan kesegaran, kebersihan mulut
dan untuk melindungi kesihatan pergigian secara keseluruhan.
Dalam tradisi
Islam, menggunakan siwak merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Di Arab Saudi,
siwak biasanya diperoleh daripada pokok Salvadora persica L. Pokok ini juga
boleh didapati di Sudan, Mesir dan Chad. Pokok kurma atau zaitun yang rasanya
pahit juga digunakan untuk siwak. Pokok neem adalah pilihan yang popular di
Asia Selatan.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan miswak untuk kebersihan mulut
pada tahun 1986 dan pada tahun 2000.
Hari ini, semakin
banyak bukti saintifik menyatakan siwak mempunyai khasiat perubatan dan
membantu melawan plak, kerosakan gigi, gusi berdarah dan pelbagai lagi masalah
berkaitan.
Mohammed Zahid,
seorang doktor gigi berkata, miswak adalah "berus gigi semula jadi",
yang antara faedahnya adalah memberi wangian dalam mulut dan menajamkan ingatan.
Penjualan siwak
cenderung meningkat tiga kali ganda di Arab Saudi sepanjang bulan Ramadan
kerana orang ramai memilih teknik kebersihan tradisional.
Menjelang waktu
berbuka, setiap kedai memastikan siwak tersedia untuk pembeli dan selalunya
diletakkan di kaunter daftar keluar.
"Saya
menjangkakan jualan meningkat hampir 300 peratus pada bulan Ramadan," kata
Abdullah Al-Otaibi, penjual siwak di Riyadh.
Seorang lagi
penjual miswak dikenali sebagai Bilal berkata, keuntungan hariannya pada bulan
Ramadan cenderung antara SR50 (RM58)-SR200 (RM235).
SUMBER: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/siwak-berus-gigi-semula-jadi-pilihan-pada-bulan-ramadan-413587
Tiada ulasan:
Catat Ulasan