JIKA anda
berkunjung ke Sarawak, tidak lengkap kiranya kalau tidak menikmati makanan yang
menjadi kebanggaan masyarakat di Bumi Kenyalang ini.
Ada sesetengah
makanan di sini memang sukar untuk dijumpai di Semenanjung, jadi bila anda
berpeluang ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan yang penulis
senaraikan ini ya, nang nyaman (memang nyaman).
1. Laksa Sarawak
Laksa ini berbeza dengan
laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Ia merupakan hidangan yang cukup
popular di Sarawak dan selalunya dimakan pada waktu pagi.
Supnya berasaskan
udang dan ayam, dan direbus dengan santan dan pes khas yang mengandungi
pelbagai aromatik seperti belacan, asam jawa, serai, herba dan rempah ratus,
selain bahan buatan sendiri.
Kuah dituangkan ke
atas bihun beras dan dimakan bersama ayam cincang, kepingan telur dadar, taugeh
dan udang. Ia juga dihidangkan bersama limau nipis dan sambal belacan.
Apabila digaulkan
kesemuanya, anda akan dapat merasakan sajian yang sungguh berlemak dengan
sedikit rasa masam dan pedas. Kena cuba!
2. Mi kolok
Selain laksa, mi
kolok juga antara hidangan popular dan banyak dihidangkan di kedai-kedai di
Sarawak. Kata orang, datang Sarawak tidak lengkap kalau tidak mencuba mi kolok.
Jangan risau, ia
tidak sukar untuk dicari, penulis pasti kedai-kedai terpencil di tepian jalan
juga ada menghidangkannya.
Ia menggunakan mi
sanggul dan dihidangkan bersama sup dan kicap, selain dihidangkan bersama
hirisan daging ataupun ayam yang telah direbus terlebih dahulu. Memang terliur!
Tidak dinafikan, mi
kolok semakin popular di Semenanjung dan ramai yang telah jatuh cinta akan rasa
enaknya, termasuk penulis sendiri.
3. Umai
Kalau di Jepun ada
hidangan sushi atau sashimi, di Sarawak pula ada umai. Ia merupakan hidangan
salad ikan mentah yang popular dalam kalangan orang Melanau, namun digemari
hampir seluruh masyarakat Sarawak.
Bahan-bahannya
ialah hirisan ikan segar bersama bawang merah, cili dan disatukan dengan cuka,
garam dan perahan air limau nipis, menjadikan makanan laut ini ‘masak’ secara
semula jadi.
Ia enak dimakan
bersama nasi putih panas dan dikatakan pernah menjadi hidangan khas para
nelayan.
4. Linut
Satu lagi makanan
tradisional popular oleh masyarakat Melanau ialah linut yang telahpun menjadi
kegemaran ramai di Sarawak.
Cara pembuatannya
mudah sahaja namun memerlukan teknik yang betul. Diperbuat daripada tepung sagu
yang dicampurkan dengan air panas yang mendidih, lalu dikacau sebati sehingga
kental umpama jeli dan likat seperti gam.
Anda boleh
menikmati linut bersama beberapa jenis lauk seperti terung iban, sambal belacan
dan sayur midin. Ia juga boleh menggantikan nasi.
5. Kek lapis
Sarawak
Kek lapis Sarawak
sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, namun apa yang ingin dikongsikan kali ini
mungkin bakal menjadi pengalaman yang berharga untuk sesetengah orang.
Jika anda ingin
melihat demo pembuatan kek lapis secara langsung termasuk cuba membuatnya sendiri,
berkunjunglah ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd yang terletak di No.24 Lot 149,
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93400 Kuching Sarawak.
Selain menggalakkan
orang ramai mempelajari proses pembuatan kek lapis yang menjadi resipi
turun-temurun di sini, anda juga dapat belajar secara terus dengan bimbingan
pekerja yang sudah mempunyai puluhan tahun pengalaman dalam pembikinan kek
lapis.
Di kedai ini
terdapat dua jenis resipi kek lapis, iaitu tradisional dan moden. Bagi perisa
tradisional seperti perisa Hati Pari, Lumut, Masam Manis dan Buah.
Manakala, perisa
moden seperti Cadbury, Almond Cheese, Chocolate Cheese dan Rainbow Cheese.
Ia juga mempunyai
pelbagai corak dan kemasan yang dicipta bagi memenuhi pasaran dan citarasa
masyarakat.
Kira-kira 300,000
kek lapis dihasilkan di kedai ini dalam tempoh setahun dan jumlah itu mungkin
bertambah semasa perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari
Krismas, Hari Gawai, Hari Dayak dan Tahun Baru Cina.
Makanan tradisional
masyarakat Sarawak sememangnya unik dan mempunyai kisah tersendiri.
Ia turut menjadi
kebanggaan sejak zaman-berzaman dan wajar dikekalkan rasa autentiknya agar
generasi akan datang dapat sama berbangga dengan khazanah ini.
SUMBER: Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan