IDEA memelihara
kucing memang nampak mudah tetapi perlu diingatkan untuk memahami tabiat haiwan
comel berkenaan, mungkin memerlukan masa.
Tular di media
sosial baru-baru ini mengenai pemilik kucing, Emily yang berkongsi tabiat pelik
kucing peliharaannya.
“Ada ‘sesuatu’ yang
tersembunyi dalam kertas persetujuaan ketika mengambil Ella,” tulis Emily.
Dalam entri
berkenaan, wanita itu berkongsi tabiat pelik Ella iaitu gemar menonton
rancangan kartun di televisyen.
Dalam pada itu,
Emily memberitahu suaminya mengenai rancangan untuk memelihara anak kucing dan
bukan kucing berusia 10 tahun.
Tambah Emily, pada
awalnya dia berfikir Ella seekor kucing yang 'mudah'.
“Sangkaan saya
meleset. Saya akan dikejut Ella setiap pagi dan meminta saya untuk buka
rancangan kartun di televisyen,” katanya.
Video yang dimuat
naik di akaun Instagram @ellawatchestv_ itu disiar semula menerusi akaun
Instagram Cats Doing Things yang memiliki seramai 1.5 juta pengikut.
Meninjau di ruangan
komen, rata-rata netizen menyifatkan Ella sebagai kucing yang santai dan luar
biasa.
SUMBER: Astro Awani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan