TEXAS - Satu kumpulan cahaya misteri telah dikesan pada malam Khamis lalu di utara Austin Texas, Amerika Syarikat (AS).
Rakaman tentang cahaya misteri itu dihantar ke laman berita FOX 7 oleh seorang penduduk, Gus McGiven.
Dia keluar berjalan dengan rakannya, Kyle Gomez berhampiran Cat Hallow di Round Rock ketika mereka menyaksikan kumpulan cahaya misteri tersebut.
"Dalam kehidupan sebenar apabila anda melihatnya, ia jauh lebih cerah daripada yang sebenarnya," kata Kyle Gomez seperti dilaporkan Fox 7.
Seorang lagi penduduk, Emily White berkata, dia dan seorang rakan berada berhampiran Brushy Creek, berhampiran dengan Taman Cedar juga merakamkan kumpulan cahaya tersebut
"Ia memukau, secara jujur. Ia sangat senyap kerana jika ia adalah satu (kumpulan) cahaya, maka saya mungkin akan berfikir (ia) adalah helikopter, kapal terbang atau sesuatu seperti itu," kata White.
Bagaimanapun, kumpulan cahaya misteri itu kemungkinan sejenis pesawat tanpa pemandu atau UAV.
"Saya perlu mengatakan bahawa tiada makhluk luar angkasa yang terlibat dengan kejadian ini," kata seorang pakar dron, Gene Robinson.
Robinson yang tinggal di Wimberley dan melatih juruterbang dron dan menerbangkan beberapa jenis platform UAV telah meneliti video yang dihantar kepada Fox 7.
"Pandangan awal saya mengenai perkara ini ialah kemungkinan besar ia adalah fenomena berasaskan dron," kata Robinson. - Agensi
SUMBER: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan