BUKIT GORAM: Tuai rumah dan penduduk Rumah Panjang William Unchat di Ulu Yong, Bukit Goram mahu keunikan rumah tradisional itu terus dipelihara dan dikekalkan.
Ini kerana rumah panjang yang dibina pada 1940-an itu merupakan antara
rumah panjang asli yang terus megah berdiri di sana.
Malah disebabkan lokasinya yang dikelilingi keindahan alam semula jadi
yang unik, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Bagaimanapun setelah sekian lama, mereka berpandangan beberapa bahagian
dan struktur di rumah tradisional itu perlu dibaik pulih bagi memelihara
identitinya sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong ke sana.
Astro AWANI berkesempatan melakukan kunjungan ke
Rumah Panjang William Unchat dan bertemu tuai rumahnya.
“Jadi rumah panjang ini adalah rumah panjang yang selalu dilawati
pelancong dan kami menyediakan perkhidmatan inap desa keunikkannya.
“Jadi kami meminta atau mengharapkan bantuan untuk membaik pulih rumah
panjang ini supaya keunikan dan industri inap desa di sini dapat dikekalkan dan
membantu menjana ekonomi masyarakat di sini,” katanya.
Katanya mereka tidak lagi menetap di sana kerana ada ada penempatan
baharu disediakan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak.
Namun disebabkan sering mendapat kunjungan, mereka akan berulang-alik ke
rumah tersebut bagi menyambut tetamu yang hadir bagi melakukan kunjungan.
Selain itu, William memohon agar capaian internet di kawasan tersebut
dipertingkatkan bagi membolehkan mereka terus mempromosi rumah panjang tradisi
itu.
Malah dengan adanya capaian yang baik, mereka juga boleh mempromosi
hasil pertanian dan produk-produk lain seperti pua kumbu yang dihasilkan
penduduk di sana.
“Saya juga mengharapkan kerajaan akan datang menggesa syarikat-syarikat
telco untuk meluaskan dan menguatkan rangkaian internet di kawasan ini.
“Dengan adanya capaian yang baik, kami boleh mempromosi rumah panjang
ini ke seluruh dunia pada masa sama mampu meningkatkan pendapatan penduduk,”
katanya lagi.
Antara lain, walaupun pembangunan jalan raya sudah dibangunkan sebagai
akses ke pekan Kapit, mereka juga mengharapkan agar Majlis Daerah Kapit dapat
menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah di kawasan tersebut.
Ini kerana ketika ini mereka terpaksa menanam sampah-sampah dihasilkan
daripada dibakar yang akan lebih menyebabkan pencemaran.
“Kami memohon juga Majlis Daerah Kapit secara khasnya untuk membekalkan
perkhidmatan mengutip sampah di kawasan ini.
“Ini kerana kami mengalami kesukaran membuang sampah dan terpaksa
menanam sampah dalam tanah jadi ini juga boleh menyebabkan pencemaran kepada
air sungai, jadi kami mohonlah agar dapat disediakan.
“Jadi perkara ini perlu disediakan bagi membolehkan keunikkan kawasan
oni terus terpelihara,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan