CAPE OTWAY, Australia - Tiga penduduk tempatan membantu menyelamatkan seekor anak koala yang ditemui dalam keadaan berpaut pada papan ukur paras air di sebatang sungai Taman Negara Great Otway, selatan Victoria di sini baru-baru ini.
Menurut laporan, haiwan itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai dari sebatang pokok sebelum sempat memanjat papan ukuran itu.
Kumpulan penduduk itu menjumpai koala itu ketika mereka sedang melalui jalan berdekatan di sungai berkenaan.
Mereka kemudiannya membina sebuah jambatan sementara menggunakan dahan-dahan pokok bagi membolehkan koala itu menyeberangi sungai.
Sebuah agensi perlindungan hidupan liar, SurfCoast Wildlife Shelters menyatakan koala itu kini selamat dan dilepaskan semula ke sebuah kawasan hutan yang berhampiran. Agensi tersebut turut memuji kumpulan penduduk berkenaan kerana membantu menyelamatkan haiwan kerdil itu. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan