LAS VEGAS - AMERIKA SYARIKAT. Artis rap Drake menjadi bahan jenaka di media sosial selepas dirakam ketakutan ketika Khabib Nurmagomedov melompat keluar dari gelanggang dan meluru ke arah pasukan Conor McGregor, hari ini.
Drake mempunyai sebab untuk berasa takut kerana sepanjang minggu ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu In My Feelings (cabaran bodoh Keke Challenge) dilihat cuba menumpang populariti McGregor.
Semasa sesi fotografi (acara timbang berat badan) kelmarin, Drake dilihat berdiri di atas pentas bersama McGregor sambil mengibarkan bendera Ireland.
Malah, penyanyi berasal dari Kanada itu dilhat terhibur setiap kali McGregor menghina (bapa, agama dan negara) Khabib semasa sesi bertemu media menjelang pertarungan epik Ultimate Fighting Championship (UFC) 229.Walaupun bukan menjadi sasaran Khabib, namun netizen yang meluat dengan kelakuan McGregor sebelum aksi UFC 229, ternyata mendapat kegembiraan 'berganda'.
Semasa Khabib meluru keluar gelanggang, Drake dilihat duduk berhampiran kem McGregor.
Antara reaksi netizen di Twitter:
"Puas hati McGregor kalah dan geli hati lihat reaksi Drake.
"Ternganga mulut Drake tengok Khabib."
"Tak tahu dia terkucil atau terberak nampak Khabib keluar gelanggang."
Apa pun, imej Drake telah tular dan menjadi bahan ketawa, dan pasti diingati peminat UFC terutama penyokong Khabib buat satu tempoh yang lama. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan