FLORIDA, Amerika Syarikat – Sekumpulan penyelidik berjaya merakam gambar beberapa spesies hidupan marin aneh di dasar laut dalam satu misi penjelajahan baru-baru ini.
Penerokaan di dasar laut dalam oleh robot melalui kapal NOAA Okeanos Explorer menunjukkan kewujudan ikan cicak, sotong ladu serta anemone iaitu sejenis tumbuhan laut liar.
Misi penjelajahan itu bermula pada 22 Mei dan berakhir pada 2 Julai lalu selepas lebih sebulan melakukan pemetaan dan pemantauan dasar laut di Margin Kontinental Tenggara Amerika Syarikat yang merentangi dari Florida ke Carolina Utara.
Projek dikenali sebagai 17 Windows to the Deep menggunakan robot kenderaan yang dikawal oleh saintis dalam menerokai dasar laut yang penuh misteri pada kedalaman 1,771 meter.
Menurut National Geographic, ikan cicak memiliki organ jantan dan betina yang membolehkan ia mengawan dengan mana-mana kawanan ikan dalam spesies mereka. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan