Kucing yang berusia lima tahun itu diberi nama Xherdan dan kini dipelihara oleh Sandra Filippi, 45, di sebuah bandar di sini.
Wanita itu memutuskan untuk menjadikan Xherdan sebagai haiwan peliharaan selepas dia melihat satu iklan dalam talian yang menawarkan kucing berkenaan untuk penjagaan.
Xherdan kini mempunyai hampir 5,000 pengikut di Instagram apabila pemiliknya berkongsi gambar menunjukkan kulit kedut selain reaksi wajah bengisnya.
Kucing itu mempunyai warna badan merah jambu dan sepasang mata berwarna firus. – Agensi