Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Chang berkata, dia menyedari kejadian itu sebaik melihat ke luar tingkap pesawat berkenaan apabila terdapat objek misteri mengeluarkan cahaya terang.
Menurutnya, dia tidak melepaskan peluang merakam video kejadian aneh tersebut ketika penerbangan domestik itu semasa dalam perjalanan ke Los Angeles dari Atlanta.
“Ia kelihatan seolah-olah sebuah pesawat tetapi mengeluarkan cahaya terang. Saya tidak pasti sama ada itu roket atau UFO,” katanya sambil memberitahu ketika itu pesawat berkenaan berada di ruang udara bandar Texas.